Monday, July 23, 2007


KERTAS CADANGAN PROJEK INFO HERBA

MATLAMAT PROJEK

Pembinaan projek Info Herba adalah bermatlamat memberi informasi kepada komuniti tentang;

  • asal-usul herba
  • jenis-jenis herba
  • nama herba secara saintifik
  • kegunaan herba
  • khasiat herba
  • kesedaran dari segi mentaliti tentang pentingnya herba/tanaman hijau kepada bumi dan makhluknya
  • perkongsian maklumat tentang herba bersama komuniti dan individu

STRUKTUR PROJEK

1. Pembentukan kumpulan

2. Pengumpulan data/bahan

-Taman herba

-Ensiklopedia, buku-buku rujukan lain

-Tanaman individu

-Tanaman ladang

-Gambar

-Temu ramah dengan individu berpengalaman

- pengamal perubatan tradisional

- pengusaha farmasi

- pengusaha produk berasaskan herba

- pegawai-pegawai pertanian

3. Penyusunan bahan mengikut kepentingan

4. Pengeditan bahan

5. Memuat naik bahan ke laman bolgger secara berperingkat.

BAJET

1. Kamera digital RM 600

2. Buku-buku rujukan RM 500

3. Kenderaan RM 300

4. Alat tulis dan buku nota RM 100

JUMLAH RM 1500

JANGKAAN HASIL PROJEK

Projek ini dijangkakan akan dapat membantu komuniti:

  • mengenal kewujudan herba-herba di sekeliling
  • mengenal pasti herba tertentu dalam merawat penyakit
  • memilih untuk menentukan pemakanan herba yang berkhasiat dalam kehidupan seharian
  • membentuk komuniti sihat dan bebas penyakit
  • memelihara dan memulihara tanaman herba yang semakin pupus dan dilupakan
  • menjadikan tanaman herba sebagai tanaman hiasan taman
  • mengenalkan generasi baru dengan tanaman herba
  • mengkomersilkan tanaman herba ke peringkat yang lebih tinggi
  • berkongsi maklumat tentang herba